Cristiano Ronaldo. FOTO Agensi
Cristiano Ronaldo. FOTO Agensi
AFP

Leipzig, Jerman: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, 39, bertekad untuk mencipta lebih banyak sejarah di Kejohanan Eropah yang berlangsung di Jerman ketika ini.

"Saya percaya generasi ini berhak memenangi pertandingan sebesar ini," kata Ronaldo sebaik tiba di Jerman sebelum membuka tirai aksi Euro menentang Republik Czech, awal pagi Rabu ini.

Bekas penyerang Real Madrid itu meraih kejayaan bersama Portugal pada 2016 tetapi tercedera ketika menentang Perancis dalam perlawanan akhir, dengan Eder menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan.

Kini Ronaldo beraksi buat Al-Nassr dalam saingan Liga Arab Saudi dengan meraih bayaran tertinggi.

Ronaldo menjaringkan dua gol menentang Ireland dalam aksi persahabatan minggu lalu untuk menambah gol antarabangsanya kepada 130 gol.

Setakat ini, 14 gol daripadanya adalah di kejohanan Eropah, menjadikannya penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kejohanan itu, mengatasi legenda Perancis, Michel Platini dengan sembilan gol.

Ronaldo pertama kali muncul di saingan Euro pada edisi 2004 di tanah airnya, berjaya menjaringkan gol menentang Greece yang akhirnya muncul juara.

Jika Ronaldo menjaringkan gol di Jerman, dia akan menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Euro dengan rekod semasa dipegang oleh Ivica Vastic dari Austria pada 2008 yang menjaringkan gol pada usia 38 tahun.

"Saya sangat menikmati bola sepak walaupun ia akan mendatangkan kesan sama ada baik atau buruk. Tetapi itu bukan matlamat utama yang harus dikejar.

"Saya gembira dapat bermain dalam kejohanan Eropah keenam ini dan saya akan menikmati perlawanan ini dengan baik supaya dapat memastikan pasukan saya akan menang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 12:43 PM