WAJAH Eli Ink sebelum (kiri) dan selepas (kanan) dipenuhi tatu. FOTO Agensi
WAJAH Eli Ink sebelum (kiri) dan selepas (kanan) dipenuhi tatu. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang lelaki sanggup membelanjakan 100,000 Pound Sterling (kira-kira RM596,139) untuk menutup 98 peratus tubuhnya dengan melukis tatu di badannya hingga tiada bahagian kulit tanpa lukisan yang tinggal.

Mirror UK melaporkan, Eli Ink, 33, mula melukis tatu pada usia 17 tahun apabila dia membuat corak sarang labah-labah hitam pada sikunya iaitu satu-satunya bahagian yang masih belum ditutup sepenuhnya dengan dakwat hitam.

Eli terus membuat tatu pada bahagian badannya termasuk di lengan, kaki dan dadanya dengan menghabiskan ribuan jam untuk itu.

Kini, tiada lagi bahagian kulit tinggal yang mendorongnya untuk meneroka lapisan demi lapisan dakwat berbanding reka bentuk sebelumnya.

Eli mendakwa dia pernah diludah dan juga diserang kerana penampilannya tetapi ia tidak menghalangnya untuk ada lebih banyak tatu.

"Kamu perlu berjalan di sekeliling saya untuk melihat semuanya.

"Saya akan melakukannya sendiri di kawasan yang janggal jika kamu mempunyai kemahiran untuk melakukannya, kamu juga boleh.

"Saya hanya kehabisan ruang yang boleh dilihat dan saya mempunyai hampir empat lapisan tatu berbeza pada badan saya," katanya.

Eli berkata dia ada menerima kata sinis daripada individu tidak dikenali namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk cuba menutup seluruh badan dengan dakwat.

"Ia seperti meletakkan cat pada dinding rumah, kamu boleh mengecat dinding bilik tidur kamu dengan warna hitam dan kemudian putih, hijau atau kuning di atasnya.

"Ada sesuatu yang indah dengannya," katanya.

Eli berkata keputusannya untuk terus melukis tatu adalah kerana faktor estetik dan mahu melihat wajahnya 10 tahun dari sekarang.

"Saya tertanya-tanya bagaimana rupanya apabila lapisan itu perlu dilakukan semula. Seni dan tatu begitu banyak berkembang, ia semakin menarik seiring dengan berlalunya masa.

"Saya mempunyai kira-kira 10 wajah berbeza sepanjang hidup saya. Topeng yang saya pakai sekarang berbeza sama sekali dengan lima tahun lalu," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 12:33 PM