LOKASI kejadian.
LOKASI kejadian.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Perselisihan faham antara keluarga dipercayai menjadi punca penjawat awam wanita jatuh dari tingkat 21 kondominium di Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan awal turut mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun dipercayai perselisihan faham keluarga.

"Setakat ini, tiada foul play (unsur jenayah)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Harian Metro semalam melaporkan penjawat awam yang pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang maut jatuh dari tingkat 21 di sebuah kondominium di sini.

Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan mangsa ditemukan di tingkat bawah kediaman berkenaan.

Difahamkan, mangsa adalah penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 12:48 PM