HUSSIEN, gambar fail. FOTO NSTP
HUSSIEN, gambar fail. FOTO NSTP
Ruwaida Md Zain


Klang: Polis akan mengambil alih siasatan sekiranya terdapat unsur foul play (jenayah) dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata, setakat ini beliau masih menunggu sekiranya terdapat laporan dari Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang menjuruskan kepada unsur berkenaan.

Pada masa ini katanya, siasatan sedang dijalankan oleh pihak BSKU bagi menentukan bagaimana dan kenapa kejadian nahas berlaku.

"Polis sudah selesai, kita sudah merakamkan kenyataan saksi awam..yang mana mungkin sebahagian siasatan ini boleh digunakan oleh BSKU.

"Kalau ada foul play, mungkin polis siasat...setakat ini tidak nampak foul play. Jika pihak BSKU ada nampak apa-apa, BSKU akan maklum (kepada polis) kemudian polis akan ambil alih (siasatan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Istana Alam Shah, di sini hari ini.

Hussein berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu sebarang perkembangan terkini atau makluman dari BSKU berhubung siasatan yang dijalankan.

"Sekarang polis menunggu sebarang makluman dari pihak BSKU. BSKU bertanggungjawab menyerahkan sebarang laporan mereka (BSKU) kepada MOT (Kementerian Pengangkutan)," katanya.

Beliau turut mengulas ketika ditanya mengenai video kamera papan pemuka (dashcam) di lokasi nahas,

"Setakat ini tiada tambah (laporan baru), itu sahaja. Kita tunggu lagi kalau ada (saksi) yang memiliki apa-apa bahan yang boleh bantu siasatan. Kita tunggu... (setakat ini) memang memadai," katanya.

Berita berkaitan:

Tragedi Elmina: Kotak perakam suara kokpit hangus

Pengecaman mayat sukar tetapi dipermudahkan, siap sehari awal

Jenazah Johari Harun selamat dikebumikan

Polis rakam keterangan 3 pemilik 'dashcam'

Anak imamkan solat jenazah Johari

Penyelamat pertama kongsi pengalaman

'Saya tak tahu apa kebaikan abang, semua dipermudahkan'

Polis sahkan hanya 10 mangsa terbabit nahas pesawat terhempas

Tindakan pantas guru tadika selamatkan dua anak muridnya

Lokasi nahas pesawat jadi tumpuan orang ramai

'Saya sudah tengok gambar jenazah suami, biarlah ia jadi rahsia sepanjang hidup saya'

Allahyarham Muhamad Hafiz sanggup kerja siang malam demi majlis perkahwinan adik

Terima panggilan terakhir arwah minggu lalu - Ibu Muhammad Hafiz

'Tiga hari lalu kami bersembang panjang, arwah minta tengokkan keluarganya di Perlis'

Allahyarham Idris tinggalkan tiga anak termasuk berusia 54 hari

Adik beritahu nak balik kampung cuti sekolah, tapi dia balik 'sungguh'

'Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan'

'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing

Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 6:02 PM