Keadaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk menerima rawatan kanser paru-paru tahap empat yang dihidapinya. FOTO IHSAN PEMBACA
Keadaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk menerima rawatan kanser paru-paru tahap empat yang dihidapinya. FOTO IHSAN PEMBACA
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Lumpur: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court di sini, untuk rawatan akibat kanser paru-paru.

Jamal dilaporkan kerap sakit dada dan sesak nafas sejak beberapa minggu lalu, sebelum dimasukkan ke hospital itu, sejak Selasa lalu.

Menyifatkan 'tewas' pada pertarungan kali ini tewas, Jamal berkata, dia tidak mampu lagi bertahan dengan bekalan ubatan yang berharga puluhan ribu ringgit.

"Saya perlu mendapatkan rawatan intensif daripada doktor di hospital. Disebabkan dos ubatan tinggi dan setiap kali mengambilnya, pasti kepala berpusing serta melayang hingga sukar untuk buat kerja seharian seperti biasa.

"Lebih elok doktor dan jururawat jaga dan pantau keadaan (dengan) lebih rapi kerana sakit di dada semakin teruk sejak kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Media pada Disember lalu melaporkan melaporkan Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk menerima rawatan berkaitan kanser paru-paru tahap empat.

Sebelum ini, keadaan kesihatan Jamal dilaporkan merosot sejak 17 September 2022 disebabkan beban tugas terlampau seperti menghadiri hampir 20 program dalam masa dua hari.

Susulan kesihatannya yang kian menyusut, Jamal turut memohon maaf kepada semua pihak atas kesulitan dan kekhilafan yang timbul sepanjang mengenali serta berurusan dengan beliau, baik dalam politik mahu pun perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2024 @ 10:19 AM