DAKU mengetuai penyokong melaungkan sokongan menyinggung perasaan Serbia dan Macedonia Utara. FOTO Agensi
DAKU mengetuai penyokong melaungkan sokongan menyinggung perasaan Serbia dan Macedonia Utara. FOTO Agensi
Reuters

Frankfurt: Penyerang Albania, Mirlind Daku digantung dua perlawanan pada kerana mengetuai penyokong pasukannya dalam nyanyian menyinggung perasaan mengenai Serbia dan Macedonia Utara pada Euro 2024.

Menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) dia melanggar peraturan asas kelakuan sopan.

Daku memohon maaf kerana menyertai laungan slogan menentang kedua-dua negara dengan megafon berikutan pasukannya seri 2-2 dengan Croatia di Hamburg.

Uefa berkata. dalam satu kenyataan bahawa mereka melarang Daku kerana 'gagal mematuhi prinsip am kelakuan, melanggar peraturan asas kelakuan sopan, menggunakan acara sukan untuk manifestasi yang tidak bersifat sukan dan untuk mencemari sukan bola sepak'.

Uefa menambah bahawa siasatan terhadap potensi perkauman dan/atau perlakuan diskriminasi oleh peminat pada perlawanan itu sedang berjalan.

Albania, yang berada di tangga ketiga Kumpulan B dengan satu mata dan masih boleh layak ke pusingan 16 terakhir, menentang Sepanyol, yang mengungguli enam mata, pada hari Selasa di Duesseldorf.

Serbia mengancam untuk menarik diri daripada kejohanan itu kerana laungan penyokong Croatia dan Albania dalam keputusan seri 2-2 pasukan mereka, yang juga sedang disiasat oleh Uefa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 4:00 AM