GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Banjir kembali melanda Terengganu susulan hujan berterusan bermula semalam.

Ia menyebabkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka masing-masing dua di daerah Dungun dan satu di Marang.

Setakat jam 8 pagi, seramai 102 penduduk daripada 25 keluarga terjejas di dua daerah berkenaan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu,seramai 90 mangsa 22 keluarga di Dungun terjejas.

Daripada jumlah itu, seramai 21 penduduk daripada lima keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat manakala 69 mangsa membabitkan 17 keluarga lagi berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

PPS SK Pusat dan Dewan Serbaguna masing-masing diaktifkan jam 9.30 malam dan 12 tengah malam tadi.

Di Marang, PPS di Dewan Sivik Wakaf Tapai diaktifkan jam 6 pagi ini bagi menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga.

Terdahulu, gelombang kedua banjir yang bermula 14 Disember lalu pulih sepenuhnya pada Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2023 @ 8:59 AM