Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz melawat mangsa banjir di SK Taman Bukit Mutiara di sini hari ini. FOTO Ihsan APM
Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz melawat mangsa banjir di SK Taman Bukit Mutiara di sini hari ini. FOTO Ihsan APM
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 582 membabitkan 151 keluarga sehingga 8 malam hari ini.

Menurutnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berbanding pada jam 4 petang tadi, seramai 538 mangsa banjir dilaporkan membabitkan 163 keluarga.

Katanya, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

"Ia termasuk PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru yang menempatkan 270 penduduk membabitkan 67 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.

"Manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara menempatkan 312 mangsa membabitkan 84 keluarga dari Kampung Paya Kenanga, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 8:56 PM