Anggota Bomba dan Penyelamat selamatkan mangsa banjir yang terperangkap di rumah di Kampung Paya Kenanga di Tebrau hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Anggota Bomba dan Penyelamat selamatkan mangsa banjir yang terperangkap di rumah di Kampung Paya Kenanga di Tebrau hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menyelamatkan 81 mangsa banjir yang terperangkap di rumah di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini, hari ini.

Jurucakap JBPM Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir di Tebrau termasuk Taman Bunga Ros dan Kampung Paya Kenanga bermula 1.29 pagi

Menurutnya, dua jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau serta BBP Kempas dihantar ke lokasi

"Sebanyak 11 keluarga menbabitkan 58 mangsa termasuk tiga wanita warga emas dan dua bayi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mutiara," katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, seramai 17 mangsa banjir membabitkan dua keluarga di Jalan Kampung Sentosa Damai 8 pula dipindahkan ke Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, di sini.

Katanya, pihaknya turut menyelamatkan enam mangsa banjir di Kampung Bukit Pulai di Pasir Gudang, di sini, dan dipindahkan ke PPS Taman Pasir Putih, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 11:44 AM