ANGGOTA bomba membantu penduduk mengambil barang keperluan mangsa banjir selepas hujan lebat melanda di Kampung Paya Kenangan Tebrau Johor Bahru. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membantu penduduk mengambil barang keperluan mangsa banjir selepas hujan lebat melanda di Kampung Paya Kenangan Tebrau Johor Bahru. FOTO ihsan Bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Serbaguna JKKK Kampung Kangkar Tebrau di sini, berikutan banjir di daerah ini petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, PPS itu dibuka pada 7.30 malam tadi dengan menempatkan 23 mangsa daripada lapan keluarga.

"Di PPS ini, terdapat tujuh lelaki dewasa, empat wanita, tujuh kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan serta dua warga emas wanita yang dipindahkan setakat 9.30 malam tadi," katanya.

Empat kampung dilanda banjir kilat akibat hujan lebat di daerah ini pada 5.20 petang tadi dan kampung yang terbabit ialah Kampung Maju Jaya, Bunga Ros, Kangkar Tebrau dan Paya Kenangan.

Bagaimanapun, Ayub berkata, banjir kilat sudah mula surut, namun tumpuan operasi hanya di Kampung Kangkar Tebrau berikutan air laut yang pasang.

Berita berkaitan:

Masalah parit sebabkan banjir kilat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 10:38 PM