Beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk Kampung Nusa Damai, Pasir Gudang dilanda banjir sejak awal pagi hari ini akibat hujan lebat. FOTO Ihsan APM
Beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk Kampung Nusa Damai, Pasir Gudang dilanda banjir sejak awal pagi hari ini akibat hujan lebat. FOTO Ihsan APM
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat pada awal pagi hari ini akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerusi perkongsian di Facebook (FB) berkata, banjir kilat berlaku di Kampung Nusa Damai dan Jalan Masai Lama, Pasir Gudang serta Kampung Paya Kenangan di Johor Bahru di sini.

Beliau berkata, kejadian mulai kira-kira 1.30 pagi tadi.

"Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat yang turun melebihi dua jam.

"Sepasukan anggota dari APM Daerah Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda dilaporkan buat masa ini dan pemantauan dari semasa ke semasa terus dijalankan oleh APM," katanya.

Dijangka pusat pemindahan sementara (PPS) juga dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa lokasi.

Orang ramai turut berkongsi di media sosial, gambar banjir kilat yang melanda Jalan Bunga Mawar, Kampung Maju Jaya, Kempasdi sini serta di Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang (berhadapan kilang Panasonic).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 7:43 AM