JENAZAH Indok Akok dan Tahallah dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimun. FOTO  Togi Marzuki
JENAZAH Indok Akok dan Tahallah dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimun. FOTO Togi Marzuki
Togi Marzuki


Pontian: Jenazah tiga wanita warga emas yang terbabit kemalangan di Kilometer 167 Jalan Johor Bahru-Seremban selamat dikebumikan di dua lokasi di Pekan Benut di sini, 5 petang, hari ini.

Jenazah Indok Akok Daeng Sitakak, 89, dan Tahalallah Abd Fatah, 62, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimun selepas disolatkan di Masjid Parit Kerimun.

Manakala jenazah Fatimah Ismail, 66, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tampok Benut yang terletak kira-kira 5 kilometer dari tanah perkuburan Parit Kerimun.

Dalam kejadian petang semalam, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia manakala 11 individu terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan pacuan empat roda.

Cucu kepada Indok Akok, Norani Gino, 33, berkata, dia sedih di atas kematian yang melibatkan tiga tali persaudaraan.

"Indok Akok merupakan ibu, Fatimah menantu dan Tahallah anaknya yang pergi buat selama meninggalkan semua ahli keluaraga termasu kanak, cucu dan cicit.

"Kesemua mereka amat baik dan jika bertemu sering memberi peringatan, jadilah orang yang baik, dalam kesibukan tugas harian, jangan lalai kawajipan perintah Allah, " katanya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Katanya tiga bersuadara yang meninggal dunia di lokasi kejadian menaiki Produa Alza dipandu cucu lelakinya berusia 20-an yang cedera.

Noraini berkata, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan balik selepas melawat saudara lelaki yang meninggal dunia akibat barah di Felda Permanis Segamat.

Sementara itu, anak Indok Akok, Rosnah Abd Hatah, 58, berkata, sebelum kejadian ibunya ajak tidur bersama.

"Apa yang aneh, sifat peramahnya berubah menjadi pendiam sepanjang semalaman ketika tidur bersamanya.

"Biasanya selain peramah, sering bercerita berkaitan agama, namun kesunyian tanpa perbualan petanda akan pergi buat selama-lamanya.

"Mereka termasuk dua arwah yang meninggal dunia dalam kejadian itu amat disenangi penduduk kampung kerana kesungguhan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan," kata anak keenam daripada lapan beradik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan Ahmad Zamri Marinsah dalam kenyataannya berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk punca kemalangan.

"Siasatan mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Berita berkaitan:

Mimpi arwah suami dan anak datang jemput 2 hari sebelum maut nahas

Gagal tukar lorong dipercayai punca nahas

3 wanita maut, 11 orang selamat nahas di Segamat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 5:28 PM