Muhammad Sanusi meluangkan masa bermain bola sepak persahabatan bersama penduduk di Felda Teloi Timur. FOTO Facebook Pas Kawasan Sik
Muhammad Sanusi meluangkan masa bermain bola sepak persahabatan bersama penduduk di Felda Teloi Timur. FOTO Facebook Pas Kawasan Sik
Noorazura Abdul Rahman


Sik: Lebih 1,000 penduduk Felda Teloi Timur berkumpul di padang awam sejak 4 petang untuk menunggu ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menyertai pertandingan persahabatan bersama penduduk.

Muhammad Sanusi yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeneri tiba di padang berkenaan kira-kira 6.13 petang dan kemudiannya memberi ucapan di pentas kira-kira 5 minit.

Selepas itu, Muhammad Sanusi yang memakai jersi nombor lapan terus turun ke padang untuk menyertai pasukannya bermain di posisi sebagai penyerang.

Terdahulu kira-kira 5.45 petang, bekas kapten bola sepak Kedah Baddrol Bakhtiar hadir dan meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dengan pemain di atas padang.

Baddrol yang juga calon PN Dun Gurun turut melakukan sepak penalti sebelum pulang pada 6 petang untuk berkempen di kawasannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2023 @ 7:06 PM