RAKAMAN gambar yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial
RAKAMAN gambar yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil pemilik kereta mewah yang didakwa menggunakan nombor pendaftaran lain seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Sumber memaklumkan tindakan itu bertujuan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

"Pihak JPJ sudah mengarahkan notis panggilan temu siasat dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan 'supercar' pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Semalam Harian Metro melaporkan, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.

Susulan itu, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu.

Katanya, dia hanya menggunakan nombor pendaftaran yang tular itu untuk tujuan mengambil foto kenangan bersama isterinya dan tidak digunakan di atas jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2023 @ 7:05 PM