GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,389 kes kemalangan dicatatkan di seluruh negara berdasarkan statistik hari kedua Op Selamat ke 20 semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan di Facebook berkata, angka itu membabitkan 1,601 kes pelbagai jenis kenderaan.

"Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta merekodkan 1,159 buah, pacuan empat roda (112), dan motosikal (192).

"Manakala kenderaan pelbagai jenis (MPV) sebanyak 81, basikal (dua), lori (15), van (23), bas (13) dan empat buah teksi," menurut kenyataan hari ini.

Semalam Harian Metro melaporkan sebanyak 2,486 kenderaan terbabit dalam 1,964 kes kemalangan di seluruh negara pada pada hari pertama Op Selamat 20 dilaksanakan kelmarin.

Sehubungan itu, JSPT menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2023 @ 1:34 PM