GAMBAR hiasan. FOTO Ihsan Bomba.
GAMBAR hiasan. FOTO Ihsan Bomba.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,147 kes kemalangan dicatatkan pada hari ketiga Op Selamat 20 di seluruh negara semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1,720 pelbagai jenis kenderaan yang mana 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.

"Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta sebanyak 1,268, pacuan empat roda (102), dan motosikal (209).

"Kenderaan pelbagai guna (MPV) sebanyak 85 terbabit kemalangan, lori (11), van (36), bas (tujuh) dan dua buah teksi," menurut kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam Harian Metro melaporkan, 1,389 kes kemalangan dicatatkan di seluruh negara berdasarkan statistik hari kedua Op Selamat ke 20 kelmarin.

Sehubungan itu, JSPT menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 5:19 PM