GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Sejumlah 2,486 kemalangan dicatatkan di seluruh negara berdasarkan statistik hari pertama Op Selamat ke 20 di seluruh negara semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, kemalangan membabitkan kereta mencatatkan jumlah tertinggi dengan sebanyak 1,705 kes di seluruh negara.

"Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya 1,705 kemalangan membabitkan kereta, pacuan empat roda (207), dan motosikal sebanyak 279 kes.

"Manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) (150), lori (91), van (44) dan bas sebanyak 10 buah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, JSPT menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 3:14 PM