GAMBAR hiasan. FOTO Ihsan Polis
GAMBAR hiasan. FOTO Ihsan Polis
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,381 kes kemalangan dicatatkan pada hari keempat Op Selamat 20 di seluruh negara semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 2,072 pelbagai jenis kenderaan.

"Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta masih menyumbang angka tertinggi kes kemalangan pada hari keempat (Ahad) Op Selamat 20 iaitu sebanyak 1,528 buah atau 73.7 peratus.

"Dalam pada itu, motosikal terus menjadi penyumbang kedua tertinggi kes kemalangan iaitu sebanyak 256 buah atau 12.4 peratus," katanya.

Menurutnya, sebanyak 122 kenderaan pacuan empat roda turut merekodkan kes kemalangan diikuti MPV (102) buah, lori (13) buah, van (43) buah, bas (5) buah dan tiga teksi.

Semalam Harian Metro melaporkan, 1,147 kes kemalangan dicatatkan di seluruh negara berdasarkan statistik hari ketiga Op Selamat ke 20 kelmarin.

Sehubungan itu, JSPT menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2023 @ 5:16 PM