TENGKU Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan bakal menerima cahaya mata pertama pada Julai ini. FOTO ihsan Instagram Che Puan Mahkota.
TENGKU Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan bakal menerima cahaya mata pertama pada Julai ini. FOTO ihsan Instagram Che Puan Mahkota.
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan pasangan, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson bakal menerima cahaya mata pertama pada Julai ini.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Che Puan Mahkota menerusi satu hantaran di Instagram malam tadi.

"Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama. Kelahiran berkenaan dijangka pada Julai 2023," titah baginda menerusi satu hantaran.

Setakat ini, berita gembira berkenaan mendapat tanda suka lebih 12,000 dan lebih 1,000 komen.

Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan berkahwin pada 19 April 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2023 @ 11:47 AM