Tengku Mahkota Kelantan dan Cik Puan Sofie berkongsi aktiviti baginda selepas memuat naik video mengutip sampah di pantai hari ini. Foto Ihsan Cik Puan Sofie
Tengku Mahkota Kelantan dan Cik Puan Sofie berkongsi aktiviti baginda selepas memuat naik video mengutip sampah di pantai hari ini. Foto Ihsan Cik Puan Sofie
Siti Nor Hidayatidayu Razali


TENGKU Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan membersihkan kawasan pantai di negeri ini hari ini.

Baginda bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson dilihat santai ketika membersihkan sampah di kawasan pantai sebelum mengumpulnya ke dalam tong.

Aktiviti baginda itu dimuat naik di laman Instagram (IG) milik isteri baginda Ijo_ menerusi video berdurasi 17 saat.

“Hari ini kita pergi ke pantai di Kelantan untuk membersihkan kawasan,” tulis baginda di akaun IG peribadi baginda.

Perkongsian baginda itu mendapat reaksi dan komen positif wrganet termasuk mendapat 5,526 tanda suka dalam masa empat jam selepas rakaman video itu dimuat naik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 9:18 PM