KENDERAAN membawa Cik Puan Sofie Louise Johansson dari Sweden, memasuki Istana Balai Besar bagi upacara perkahwinannya dengan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra. FOTO Fathil Asri
KENDERAAN membawa Cik Puan Sofie Louise Johansson dari Sweden, memasuki Istana Balai Besar bagi upacara perkahwinannya dengan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra. FOTO Fathil Asri
Siti Nor Hidayatidayu Razali


TENGKU Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, 45, selamat melangsungkan perkahwinan dengan warga Sweden, Sofie Louise Johansson, 33, di Istana Balai Besar, Kota Bharu, kira-kira 8.35 malam ini.

Baginda tiba bersama pasangannya menaiki kenderaan berasingan pada 8.20 malam diikuti bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada 8.30 malam.

Majlis akad nikah baginda bersama pasangan diadakan selepas solat Isyak dan disusuli dengan istiadat perkahwinan.

Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kiri) melangsungkan perkahwinan dengan Cik Sofie Louise Johansson (gambar arkib NSTP). FOTO ihsan Istana Kelantan
Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kiri) melangsungkan perkahwinan dengan Cik Sofie Louise Johansson (gambar arkib NSTP). FOTO ihsan Istana Kelantan

Pasangan Diraja ini dinikahkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad selepas khutbah nikah dibacakan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Istiadat perkahwinan diadakan secara tertutup dan sederhana dengan dihadiri ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat.

Berita berkaitan

Tengku Mahkota Kelantan nikah 19 April ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 9:26 PM