TENGKU Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan dikurniakan putera pertama semalam. FOTO Ihsan Istana
TENGKU Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan dikurniakan putera pertama semalam. FOTO Ihsan Istana
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan pasangan Che Puan Mahkota Kelantan Sofie Louise Johansson dikurniakan putera pertama, semalam.

Pengumuman berkenaan dibuat menerusi satu hantaran di laman Instagram Tengku Mahkota Kelantan, malam ini.

"Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat serta inayahnya, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan telah selamat melahirkan anakanda yang pertama pada 17 Julai 2023M (Isnin) pagi, bersamaan 28 Zulhijjah 1444H.

"Baginda melahirkan anakanda di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

"Che Puan Mahkota serta Paduka Anakanda berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat," titah baginda menerusi satu hantaran.

Tuanku mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja HUSM yang terbabit dan kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku berdua.

Untuk rekod, Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan berkahwin pada 19 April 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 11:37 PM