Muhammad Najmir Razaman

MENAHAN diri daripada ketagihan merokok sememangnya bukan suatu perkara yang mudah terutama di bulan Ramadan.

Pun begitu, ramai perokok yang mengambil kesempatan melatih diri bagi menghentikan ketagihan merokok apabila menjelangnya Ramadan.

Tetapi sepanjang Ramadan ini, masih  mampukah mereka ini untuk mengawal nafsu dari terus merokok?

NRT bantu legakan ketagihan

Berpuasa di siang hari semata-mata tidak mampu untuk mengawal ketagihan merokok sepenuhnya.

Para perokok yang nekad hentikan ketagihan ini masih memerlukan bantuan sampingan agar berjaya mengawal nafsu merokok mereka.

Inisiatif yang popular masa kini ialah melalui kaedah farmakoterapi yang mana perokok akan dibantu dengan ubat-ubatan bagi mengurangkan keinginan mereka untuk merokok.

Sebagai bantuan antirokok di Malaysia, NICORETTE® membantu mereka yang nekad mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.

Antara ubatan yang disarankan  bagi membantu mengurangkan jumlah rokok yang dihisap oleh perokok termasuklah tampalan antirokok NICORETTE®.

Kadar keberkesanan NICORETTE® juga didapati lebih tinggi dalam usaha berhenti merokok.

Mengandungi Terapi Penggantian Nikotin (NRT), NICORETTE® membantu melawan ketagihan dan mengurangkan keinginan nikotin yang boleh dialami oleh perokok apabila mereka mula berhenti merokok terutama di bulan Ramadan.

NRT berfungsi dengan cara melepaskan nikotin ke dalam aliran darah pada paras yang jauh lebih rendah daripada rokok, tanpa tar, karbon monoksida, dan bahan kimia asap rokok yang berbahaya.

Tampalan Invisi Transdermal NICORETTE® boleh ditampal di bahagian badan yang bersih, kering dan tidak berbulu seperti lengan, dada, pinggul atau kulit paha.

Panduan penggunaan NICORETTE® Invisi Transdermal Patch

Perokok turut diberikan panduan oleh NICORETTE® tentang cara yang efektif bagi mengurangkan ketagihan yang dialami terutamanya ketika berpuasa.

Perokok juga dapat mempelajari bagaimana untuk kekal di landasan yang betul melalui rencana yang disediakan oleh NICORETTE® demi kesihatan yang lebih terjamin.

Nikmati Ramadan yang lebih bermakna dengan NICORETTE®.

Layari laman sesawang NICORETTE® untuk maklumat lanjut dan bagi mengetahui lokasi jualan produk NICORETTE®. 

MAL14035012ACZ | MAL14035008ACZ | MAL14035009ACZ

KKLIU 0667/EXP 31.12.2025. Ini adalah iklan produk ubat.

Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan gunakan produk ini jika anda mempunyai penyakit jantung yang serius, hamil atau menyusu. Tidak boleh digunakan oleh bukan perokok. Rujuk profesional penjagaan kesihatan anda sebelum digunakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 10:17 AM