Gigi sensitif jejas selera ketika berbuka puasa dan sahur - FOTO Hiasan
Gigi sensitif jejas selera ketika berbuka puasa dan sahur - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

MASALAH bau nafas kurang menyenangkan ketika berpuasa di bulan Ramadan bukan perkara baharu.

Ia sering terjadi apabila bahagian mulut seseorang itu mudah kering akibat kekurangan air dan mula mengeluarkan bau yang kuat1.

Selain itu, pembiakan bakteria daripada lebihan makanan yang tidak dibersihkan di celahan gigi juga penyebab utama masalah ini. 

Bau nafas jejas keyakinan

Walaupun sering dianggap biasa bagi orang berpuasa, ia bukan alasan membiarkan nafas anda berbau sepanjang hari. 

Bau nafas busuk berisiko mengganggu orang berhampiran, apatah lagi jika anda berbual dengan mereka. 

Situasi ini pasti mengundang reaksi negatif seperti ramai mula menjauhkan diri dan cuba mengelak berbual dengan anda. 

Jika berterusan, anda mungkin hilang keyakinan diri dan malu untuk bertemu orang ramai. 

Selain kewajipan menyempurnakan ibadah, menjaga hubungan baik dengan orang sekeliling juga dituntut dalam agama. 

Gigi sensitif 

Selain nafas berbau, masalah gigi sensitif juga mungkin menyebabkan anda tidak selesa ketika berpuasa.

Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin2.

Biasanya, rasa ngilu dirasakan ketika anda mengambil makanan atau minuman panas, sejuk, dan manis.

Ini sudah pasti bukan satu perkara menyenangkan, apatah lagi bulan Ramadan ibarat peluang keemasan untuk menikmati pelbagai juadah berbuka yang unik dan lazat. 

Langkah pencegahan

Sebagai pelengkap keperluan penjagaan diri, setiap individu harus menitikberatkan penjagaan mulut agar anda tampil lebih yakin, selesa serta segar setiap hari. 

Antara tip boleh diamalkan adalah dengan minum lebih banyak air putih pada waktu berbuka dan sahur, ia membantu mengelakkan mulut cepat kering. 

Paling penting, pastikan anda tidak terlepas rutin menggosok gigi dua kali sehari iaitu pada waktu sahur dan sebelum tidur. 

Image

Anda disarankan memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi Sensodyne Fresh Mint kerana ia mampu memberikan pembersihan berkesan dan melindungi gigi daripada sensitiviti.

Ubat gigi ini menjadi pilihan ramai kerana ia terbukti secara klinikal memberi perlindungan berterusan daripada masalah gigi sensitif, disamping mencegah pembentukan kaviti. 

Selain itu, dengan amalan penggunaan yang betul, Sensodyne Fresh Mint mampu memastikan kebersihan mulut terjaga sekali gus nafas anda kekal segar sepanjang hari.

Bagaimanapun, jika simptom berterusan anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan khidmat konsultasi. 

Paling penting, jangan lupa untuk terus mengamalkan penjagaan kebersihan gigi dan mulut setiap hari. 

Selain membantu menyempurnakan ibadah puasa dengan selesa, anda juga dapat menikmati juadah berbuka sepuasnya tanpa gangguan!

Sementara itu sepanjang musim perayaan ini, pastikan anda kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan menjaga jarak ketika berada di tempat sesak. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Sensodyne Fresh Mint, pembelian boleh dibuat secara mudah menerusi Shopee dan Lazada

Image

Rujukan:

1. Alessandro Villa, DDS, PhD, MPH, 2019, Bad breath: What causes it and what to do about it.
2. Dr. Fauziah Ahmad, 2019, Portal MyHealth: Gigi Sensitif

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 1:43 PM