SUNGAI Pahang
SUNGAI Pahang
Asrol Awang


Kuantan: Dua sungai di Pahang, masing-masing di Bera dan Maran merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat 8 pagi, hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Triang yang merekodkan bacaan 34.58 meter (m) berbanding 34.50 m, manakala Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran merekodkan bacaan 19.22 m berbanding 19 m yang ditetapkan bagi paras bahaya.

Empat sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Bera dan Sungai Jempol di Felda Jengka, Maran.

Selain itu, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai, di sini.

Lima lagi sungai melepasi paras waspada iaitu Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis dan Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis.

Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh: Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 9:08 AM