SUNGAI Pahang mencatatkan bacaan melebihi paras amaran. FOTO Arkib NSTP
SUNGAI Pahang mencatatkan bacaan melebihi paras amaran. FOTO Arkib NSTP
Asrol Awang

Kuantan: Empat sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 4 petang ini, berbanding tiga sungai pada 12 tengah hari tadi.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan masing-masing satu di daerah Lipis, Bera, Raub dan Maran.

Sungai terbabit ialah Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis, yang merekodkan bacaan 83.79 meter berbanding paras bahaya 82.50 dan Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub iaitu 135.21 m berbanding paras bahaya 135 m.

Ia diikuti Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, dengan catatan 31.44 m berbanding paras bahaya 30.50 m, manakala Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran merekodkan 29.11 m berbanding 28 m.

Selain itu, beberapa sungai di sekitar negeri itu mencatatkan bacaan melebihi paras amaran.

Ia membabitkan Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis; Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis; Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut; Sungai Pahang, di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut.

Selain itu, Sungai Lipis di Batu Malim; Raub; Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Lepar di Jabatan Gelugor, Kuantan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 5:24 PM