Sungai Triang (gambar fail, sekadar hiasan). FOTO NSTP
Sungai Triang (gambar fail, sekadar hiasan). FOTO NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Bacaan Sungai Triang di Bera masih melepasi paras bahaya setakat 8 pagi, hari ini.

Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras air Sungai Triang merekodkan bacaan 34.87 meter (m) berbanding 34.50m yang ditetapkan.

Sementara itu, paras air tiga sungai iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran melepasi paras amaran.

Empat sungai pula melepasi paras waspada iaitu Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh; Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Belat di Seri Damai.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman mengingatkan penduduk di kawasan rendah terutama berhampiran sungai supaya peka dengan keadaan cuaca.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2022 @ 9:06 AM