PUSAT Pemindahan Sementara. FOTO Zain Ahmed
PUSAT Pemindahan Sementara. FOTO Zain Ahmed
Asrol Awang


Kuantan: Jumlah mangsa banjir di Pahang merekodkan 26,236 mangsa daripada 7,187 keluarga yang kini ditempatkan di 292 pusat penempatan sementara (PPS) membabitkan sembilan daerah, setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan rekod, mangsa paling ramai kini di Temerloh dengan 11,755 daripada 3,188 keluarga, diikuti Kuantan dengan 1,536 mangsa (430 keluarga), Maran 2,988 mangsa (815 keluarga) dan Raub 1,866 mangsa daripada 487 keluarga .

Seramai 2,421 mangsa daripada 641 keluarga di Lipis; 1,663 orang (471 keluarga) di Jerantut; 1,968 orang (590 keluarga) di Pekan; 1,403 orang (386 keluarga) di Bera dan Rompin 1,001 orang (263 keluarga).

infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan enam sungai di negeri itu masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang (Lubuk Pasu), Temerloh; dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Turut dalam keadaan sama, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

Sungai Jelai di Bukit Betong, Lipis; Sungai Triang, Bera; Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Kuantan di Kuantan Pintasan, di sini dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan pula melepasi paras amaran, manakala Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan berada pada paras berjaga-jaga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 9:32 AM