GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Dengkil bagi kawasan Parlimen Sepang ditukarkan ke Sekolah Rendah Agama Dengkil berikutan bangunan sekolah itu dilanda banjir dan tenggelam sepenuhnya, semalam.

Pengarah Pilihan Raya Selangor Shafie Taib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) semalam.

"Pihak kami juga membuat lawatan tapak ke lokasi berkaitan dan memutuskan bahawa sekolah berkenaan tidak sesuai lagi dijadikan Pusat Mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)," katanya.

Pusat Mengundi itu adalah bagi Daerah Mengundi Ampar Tenang dan turut membabitkan Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Dengkil.

Parlimen Sepang menyaksikan pertembungan lapan penjuru iaitu Barisan Nasional (BN) diwakili Anuar Basiran; Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon Datuk Seri Rina Harun: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menampilkan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Pakatan Harapan (PH) diwakili Raj Muni Aiman Athirah Sabu dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) meletakkan Nageswaran Ravi manakala tiga calon bebas adalah M Muneswaran, Mohd Syahrul Mat Sari serta Datuk Mohd Daud Leong.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2022 @ 3:49 PM