MOHD Daud (tiga kiri) di Dewan Komuniti BBST. FOTO Samadi Ahmad
MOHD Daud (tiga kiri) di Dewan Komuniti BBST. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


Image

Sepang: Calon bebas Datuk Mohd Daud Leong antara empat calon bebas yang mendaftar sebagai calon kerusi P.113 Parlimen Sepang di Pusat Pencalonan di Dewan Komuniti, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)di sini, hari ini.

Mohd Daud, 57, merupakan seorang muaalaf mempunyai syarikat guaman sendiri di Shah Alam mewakili Parti Utama Rakyat.

Beliau yang pertama kali bertanding dalam PRU menyatakan sekiranya menang bertanding tidak akan mengambil gaji sepanjang lima tahun dan akan mendermakanya ke dalam tabung bagi membantu rakyat Sepang membabitkan kebajikan.

Menurutnya, beliau berikrar akan membantu rakyat di kawasan ini demi kesejahteraan dan menyelesaikan masalah penduduk.

Beliau juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang secara sukarela kepada lapan badan bukan kerajaan (NGO)di negara ini.

Katanya, tawaran tidak mengambil gaji ini bukan cakap kosong kerana dia juga sudah membuat akuan bersumpah di mahkamah pada 25 Oktober lalu bagi menyumbang keseluruhan gaji tidak termasuk elaun bagi keperluan rakyat di Sepang.

"Sekiranya dipilih saya berjanji akan menyuarkan keluhan dan suara rakyat untuk di bawa ke Parlimen bagi membina suasana baharu di kawasan ini," katanya.

Sementara itu tiga lagi calon parti bebas terdiri daripada wakil parti Bahtera Sejahtera,Mohd Syahrul Amri Mat Sari, M Muneswaran Muthiah dan wakil Parti Rakyat Malaysia, Datuk Seri Nageswaran Ravi.

Turut membuat pencalonan empat wakil parti lain terdiri dari,calon parti Gabung Tanah Air (GTA),Che Asmah Ibrahim, Naib Ketua UMNO Sepang mewakili Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran, bekasMenteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang juga Ketua Srikandi BERSATU Sepang, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Raj Muni Aiman Athirah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 11:14 AM