MUHYIDDIN mengumumkan Rina Harun sebagai calon PN di Parlimen Sepang. FOTO Samadi Ahmad.
MUHYIDDIN mengumumkan Rina Harun sebagai calon PN di Parlimen Sepang. FOTO Samadi Ahmad.
Samadi Ahmad


Sepang: Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Mohd Harun diumumkan sebagai calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada program Jelajah Prihatin PN Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang di sini malam ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pengumuman itu menjawab pelbagai khabar angin yang bertiup selama ini.

"Calon yang kita nak letak di Sepang adalah Datuk Seri Rina Mohd Harun... (ini) sah (sebab) Presiden yang umum.

"Malam ini sahih, ini calon kita di Sepang," katanya.

Turut hadir, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Adhif Syan Abdullah; Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Bersatu Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali.

Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sepang adalah calon ke tiga diumumkan PN sebagai calon Parlimen pada PRU-15.

Muhyiddin berkata, kini sudah tiba masanya untuk perubahan di Sepang dan ia akan berlaku dengan calon PN melalui Rina Mohd Harun.

Setakat ini, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) diwakili Ketua Pejuanitanya, Che Asmah Ibrahim dan Ketua Wanita PH, Raj Muni Aiman Athirah sudah mengesahkan akan bertanding di Parlimen Sepang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2022 @ 11:57 PM