CALON parti GTA, Datin Che Asmah (kanan) calon pertama memasuki Pusat Penamaan Calon PRU-15 di Dewan Komuniti, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)  untuk membuat pencalonan. FOTO Samadi Ahmad
CALON parti GTA, Datin Che Asmah (kanan) calon pertama memasuki Pusat Penamaan Calon PRU-15 di Dewan Komuniti, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) untuk membuat pencalonan. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


Image

Sepang: Calon parti Gabung Tanah Air (GTA), Datin Che Asmah Ibrahim bersama penyokong, menjadi calon parti pertama yang hadir bagi membuat pencalonan kerusi Parlimen Sepang P113 di Dewan Komuniti, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini, hari ini.

Beliau dilihat memasuki dewan pada 9 pagi bersama penyokong.

Selain Che Asmah, tiga calon sudah mengesahkan bertanding di Parlimen Sepang seperti Naib Ketua Umno Sepang mewakili Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sepang, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Raj Muni Aiman Athirah.

Sementara itu, tiga lagi calon parti bebas dari Parti Utama Rakyat di wakili Datuk Mohd Daud Leong dan wakil parti Bahtera Sejahtera, Mohd Syahrul Amri Mat Sari dan M Muneswaran Muthiah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 9:33 AM