PEMAIN remaja Sepanyol, Lamine Yamal lulus peperiksaan akhir sekolah menengah. FOTO Agensi
PEMAIN remaja Sepanyol, Lamine Yamal lulus peperiksaan akhir sekolah menengah. FOTO Agensi
Reuters

Jerman: Lamine Yamal lulus dalam peperiksaan yang diambilnya minggu lalu biarpun turut sibuk membantu Sepanyol dalam saingan Euro 2024 di Jerman ketika ini.

Yamal, 16, yang membantu La Roja mara ke pusingan 16 terbaik tetap mengulang kaji pelajaran dan hasilnya dia lulus dalam peperiksaan menengahnya.

Untuk rekod, dia muncul pemain paling muda dalam sejarah Euro apabila diturunkan ketika menewaskan Croatia pada aksi pembukaan Kumpulan B.

Yamal nyata melakukan kerja keras di dalam dan di luar padang.

"Saya lulus peperiksaan dan saya mempunyai gelaran ESO sekarang," kata Yamal kepada stesen radio Sepanyol Onda Cero.

"Sejujurnya saya melihat keputusan peperiksaan menerusi telefon dan ia saya telah lulus. Kemudian saya menutup aplikasi dan terus menelefon ibu saya dan memberitahunya," katanya.

Sepanyol antara pasukan pilihan menjuarai Euro kali ini selepas mengekalkan rekod bersih dalam tiga aksi kumpulan di mana mereka menundukkan juara bertahan, Itali dan Croatia.

Di pusingan 16 terbaik, Sepanyol dijadual menentang Georgia dan jika menang, kemungkinan besar Jerman bakal menanti di suku akhir.

"Walaupun kami pernah bertemu Georgia di pusingan kelayakan sebelum ini, pertembungan di peringkat kalah mati ini adalah pentas berbeza dan kami sedar ia bukan perlawanan yang mudah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 12:45 AM