MAYAT mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan Bomba
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Nerus: Lelaki ditemukan lemas di Sungai Nerus berhampiran Kampung Buluh Gading, di sini, hari ini.

Mayat mangsa berusia 30 tahun ditemui pasukan penyelamat di dasar sungai berkenaan pada 10.42 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.14 pagi sebelum 12 anggota BBP Kuala Nerus dan tiga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

"Mayat mangsa ditemui anggota PPDA di dasar sungai pada jarak dua meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh. Ketika operasi dijalankan, kita berdepan sedikit kesukaran berikutan keadaan air yang keruh dan berselut," katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2022 @ 2:23 PM