GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Kes baharu Covid-19 di negara ini kekal dalam lingkungan 3,000 kes bagi lima hari berturut-turut dengan 2,636 kes dilaporkan hari ini.

Menerusi laman sesawang Covidnow, kes harian itu membabitkan 2,631 kes penularan tempatan dengan lima lagi kes import.

Sehingga kini, negara masih merekodkan 34,970 kes yang aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 95.8 peratus menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu 1,379 pesakit Covid-19 pelbagai kategori sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (24), unit rawatan rapi (ICU) (67) dengan 36 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Secara keseluruhannya, penggunaan wad ICU kini mencecah 63.9 peratus untuk pelbagai rawatan, bagaimanapun untuk pesakit Covid-19 sahaja penggunaan wad itu kini berada di paras 18 peratus.

Data turut menunjukkan setakat semalam terdapat 11 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan termasuk lima kematian diluar fasiliti kesihatan (BID).

Empat daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor, manakala tiga di Selangor serta masing-masing satu kes di Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah.

Dalam pada itu, bagi kes sembuh di negara ini, sebanyak 3,206 kes pulih direkodkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 11:26 AM