GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Kes harian Covid-19 di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan, namun masih dalam lingkungan 3,000 iaitu sebanyak 2,722 kes dilaporkan semalam, berbanding 2,078 kes kelmarin.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 2,717 kes penularan tempatan dengan lima lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pertambahan kes itu menjadikan sehingga kini jumlah angka keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,762,552 kes.

Negara kini masih merekodkan 35,551 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sejumlah 34,068 kes bersamaan 95.8 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,384 kes atau 3.9 peratus mendapatkan rawatan di hospital, pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) (31 kes), unit rawatan rapi (ICU) (68) termasuk 41 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, mengenai kes kematian di negara ini semalam terdapat 11 kes, termasuk tiga daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2022 @ 9:14 AM