GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengaktifkan gerak kerja untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir sekitar Klang yang terjejas akibat bencana itu sejak Sabtu lalu.

Semalam, Mapim dengan kerjasama sayap utamanya, Mapim Rangers sudah tampil ke Pejabat Daerah, Tanah Klang bagi menyalurkan 200 kotak bantuan dan 100 botol air minuman lima liter kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar kawasan berkenaan.

Mapim dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan berkenaan terus diberikan kepada mangsa yang terjejas dengan menggunakan satu van Mapim dan lima trak pikap Mapim Rangers.

Sementara itu, Mapim turut mengalu-alukan sumbangan orang awam untuk misi berkenaan dengan menyumbang terus kepada Tabung Kemanusiaan Mapim, nombor akaun Maybank 5622-6354-0066.

Untuk sebarang bantuan segera dan pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan talian hotline Mapim 1300-888-038/012-8002016 atau ke Telegram rasmi Mapim, https://t.me/MapimMalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 4:40 PM