ANTARA 140 ternakan korban yang diserahkan menerusi bantuan I-Reach di Arakan. FOTO Yusmizal Dolah Aling
ANTARA 140 ternakan korban yang diserahkan menerusi bantuan I-Reach di Arakan. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menerusi unit bantuan kemanusiaan antarabangsa (I-Reach).

MAPIM menyerahkan 60 kambing dan 80 lembu sempena Aidiladha di Arakan, hari ini.

Pengarahnya Johan Ariff Ismail, berkata ia hasil sumbangan orang Malaysia menerusi tabung yang diaktifkan beberapa bulan lalu khusus membantu pelarian Rohingya.

Katanya, biarpun keadaan di negara itu agak tegang ketika ini, situasi di Sittwe masih terkawal dan pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

TELAGA tiub yang sempat disiapkan. FOTO Yusmizal Dolah Aling
TELAGA tiub yang sempat disiapkan. FOTO Yusmizal Dolah Aling

"Pihak berkuasa tidak membenarkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memasuki kem, namun kami tetap bersabar dan hanya menunggu di bandar Sittwe.

"Ini kerana, kami perlu mendapatkan dua surat kebenaran iaitu untuk memasuki kem dan permit menyembelih. Alhamdulillah, semua lancar," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kawasan Dar Paing yang dikunjungi kali ini terletak agak jauh dari kawasan konflik di Maungdaw yang mememerlukan kira-kira enam jam melalui sungai.

"Keadaan sangat teruk kerana cuaca hujan. Sambutan raya juga sangat sederhana. Justeru kepada yang ingn menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 553038585368," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 9:22 PM