GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Penutupan laluan susur dari Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Taman Connaught) di sini, yang sepatutnya berakhir pada 4 Julai lalu, dilanjutkan sehingga 6 pagi 12 Julai ini.

Kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memaklumkan penutupan itu berikutan kerja membaik pulih sistem perparitan dan memperbaharui permukaan jalan di terowong susur jalan tersebut sedang dilaksanakan.

"Pengguna laluan ini boleh menggunakan laluan alternatif sedia ada di hadapan susur ini selepas simpang Taman Len Seng/Cheras Sentral Mall untuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dan Taman Connaught," menurut kenyataan itu.

DBKL turut menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 8:39 PM