GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Menjelang tengah hari, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan perlahan setakat jam 11.25 pagi ini.

Berdasarkan perkongsian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak trafik bergerak perlahan arah timur membabitkan Plaza Tol Gombak ke Terowong Genting Sempah.

Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) pula trafik bergerak perlahan di Plaza Tol Penawar, manakala trafik juga perlahan arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu Senai ke Hentian Sebelah Kulai, Plaza Tol Kempas dan Plaza Tol Skudai.

Trafik juga perlahan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) iaitu Bandar Dalam ke Greenwood dan Cheras-Kajang di PGA ke Taman Connaught selain, Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP), arah utara iaitu Puchong Indah ke Puchong Intan.

Sementara itu, trafik di laluan utama Lebuhraya Utara-Selatan (E2), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) masih lancar termasuk di sekitar Plaza Tol.

Perjalanan arah utara, trafik di laluan utama Lebuhraya Utara-Selatan (E1), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Lingkaran Luar Butterworth (LLB) juga masih lancar termasuk lokasi di Plaza Tol.

Trafik juga lancar sepanjang Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2023 @ 11:57 AM