LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Pemilik kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Gombak yang disamun tiga lelaki bersenjata semalam, kerugian lebih RM300,000.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, anggaran jumlah kerugian itu berdasarkan maklumat daripada pihak premis.

"Namun, polis sedang menyiasat secara menyeluruh termasuk kerugian yang dialami berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 5 petang semalam, tiga lelaki bersenjata parang, tukul besi dan kapak mengambil masa tidak lebih satu minit untuk melarikan barangan kemas.

Suspek yang memakai jaket dengan bertopi keledar dan memakai pelitup muka masuk ke premis sebelum memecahkan cermin pameran.

Berita berkaitan:

  • Samun kedai emas tak sampai seminit
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 12:26 PM