Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Hadzlihady Hassan
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Hadzlihady Hassan
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Seorang lelaki dan seorang wanita merompak sebuah kedai emas di Jalan Teck Soon, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 2.30 petang dan dua suspek terbabit meluru masuk ke dalam premis sebelum memecahkan kaca pameran.

Menurut sumber, setakat ini jumlah kerugian masih belum diketahui.

"Suspek dipercayai melarikan diri dengan motosikal.

"Polis sehingga kini masih menjalankan siasatan di lokasi kejadin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 3:40 PM