RUNTUHAN jejambat lebuh raya yang menghempap van kilang. FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM
RUNTUHAN jejambat lebuh raya yang menghempap van kilang. FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM
Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Lima individu terperangkap selepas van kilang dinaiki mereka dihempap runtuhan jejambat sebuah projek lebuh raya di Desa Tun Razak, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 5.58 petang seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Jurucakap JBPM Kuala Lumpur berkata, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras terbabit dalam operasi berkenaan.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.

"Makluman awal diterima terdapat lima mangsa terperangkap di dalam van kilang itu," katanya.

Setakat ini, operasi menyelamat mangsa sedang dilakukan dan gambar serta video kejadian tular di media sosial.

Berita berkaitan

'Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 7:51 PM