ANTARA arak yang dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Batu Unjur, Klang semalam.
ANTARA arak yang dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Batu Unjur, Klang semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai dalam serbuan di sebuah premis di Taman Batu Unjur, Klang, semalam.

Komander Briged Tengah Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan 12.44 tengah hari itu turut menahan tiga individu berusia 25 hingga 35 tahun.

"Pemeriksaan di premis terbabit menemui 220 kotak arak pelbagai jenama mengandungi 5,733 botol dianggarkan berjumlah RM811,120 termasuk cukai.

"Serbuan itu turut berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar daerah Lembah Klang," katanya dalan kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua invidiu yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Katanya, polis menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 5:28 PM