Dr Adham Baba. FOTO arkib NSTP
Dr Adham Baba. FOTO arkib NSTP
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba diarahkan menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di rumah atau (HSO) sehingga 18 Disember ini.

Dr Adham dalam satu hantaran di Facebook, hari ini, berkata perintah itu dikeluarkan susulan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya yang mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta.

Beliau berkata, petugas media terbabit hadir ke pejabatnya, Sabtu lalu.

"Beliau (petugas media) didapati positif Covid-19 dan bergejala.

"Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya," katanya.

Dr Adham berkata, tiada siapa pun terkecuali daripada mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang membabitkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.

Katanya, beliau berharap agar semua pihak dapat berperanan dalam menangani dan melawan Covid-19.

"Mohon doakan semuanya selamat," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 12:11 PM