15 warga asing ditahan dalam dua siri serbuan di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pagi semalam.  GAMBAR IHSAN ATM
15 warga asing ditahan dalam dua siri serbuan di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pagi semalam. GAMBAR IHSAN ATM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) menahan 15 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam dua serbuan di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Johor, hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan berkata, anggota Pos Pemerhati mengesan kehadiran sebuah bot kecil di pantai lokasi berkenaan pada 5.45 pagi.

Katanya, mereka kemudian berjaya menahan tujuh Pati warga Indonesia yang baru mendarat, selain turut memberkas lapan lagi Pati pada 8.45 pagi.

"Kesemua 15 Pati yang ditahan itu adalah lelaki berusia 22 hingga 45 tahun dan mereka bersembunyi di hutan berhampiran pesisir pantai berkenaan dipercayai baru tiba ke negara ini.

"Pasukan turut membuat rampasan berupa wang tunai RM718 dan matawang Indonesia Rupiah 14.5 juta (RM4,094.64) dan 15 telefon pintar serta empat jam tangan dengan nilai keseluruhan RM11,035," katanya.

Katanya, semua warga asing ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 12:13 PM