FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menggadai nyawa dengan menaiki bot kecil untuk menyeludup masuk ke negara ini namun ditahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan hutan di Tanjung Lompat, Desaru, Kota Tinggi, Johor pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) menerusi kenyataan hari ini berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat daripada anggota pos pemerhati yang melihat kehadiran sebuah bot, kira-kira jam 4 pagi.

"Kami menyerbu lokasi persembunyian mereka di kawasan hutan di pesisir pantai jam 4.45 pagi.

"Mereka yang ditahan membabitkan tiga lelaki dan enam wanita berusia 21 hingga 43 tahun.

"Kami turut merampas RM3,713, 11 telefon bimbit dan barangan kemas dengan jumlah keseluruhan lebih RM17,000," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk ujian saringan Covid-19 sebelum diserah kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 2:53 PM