LELAKI tempatan dan tiga Pati yang ditahan di Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil. FOTO Ihsan 3 Divisyen ATM.
LELAKI tempatan dan tiga Pati yang ditahan di Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil. FOTO Ihsan 3 Divisyen ATM.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Cubaan lelaki tempatan untuk membawa keluar pendatang asing tanpa izin (Pati) menggunakan pacuan empat roda, gagal apabila ditahan di Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil, Johor, 12 tengah malam tadi.

Dia ditahan pasukan rondaan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1KAD) Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) menerusi Op Benteng. melihat sebuah pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan berkata, pasukan menemui pacuan empat roda suspek yang dalam keadaan mencurigakan dan melakukan pemeriksaan.

"Pemandu berusia 32 tahun itu dipercayai sedang menunggu pati di lokasi berhampiran.

"Pasukan kemudian membuat penjejakan dan menemui tiga Pati warganegara Indonesia berusia 31 hingga 57 di Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil.

"Semua Pati itu dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk siasatan dan ujian saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)," kata kenyataan itu.

Menurutnya, kenderaan jenis Toyota Hilux disita bersama telefon pintar dan wang tunai yang bernilai keseluruhan RM73,759.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sedili.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 12:27 PM