MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 13, Jalan Sri Aman-Sarikei, malam tadi. FOTO ihsan POLIS
MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 13, Jalan Sri Aman-Sarikei, malam tadi. FOTO ihsan POLIS
Mohd Roji Kawi


SEORANG kontraktor maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 13, Jalan Sri Aman-Sarikei, jam 10.15 malam tadi.

Melvin Randy Judy, 30, dari Rumah Panjang Meluda, Kampung Ibol Baru, Undup di sini, disahkan mati di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Sri Aman menghala ke Sarikei.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

"Mangsa yang parah di kepala disahkan mati di lokasi oleh anggota perubatan Hospital Sri Aman," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 4:51 PM