KEMALANGAN membabitkan dua motosikal. FOTO Norsyazwani Nasri.
KEMALANGAN membabitkan dua motosikal. FOTO Norsyazwani Nasri.
Norsyazwani Nasri


Sarikei: Lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas dua motosikal bertembung di Jalan Meranti di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa, Hii Bee Hung, 44, beralamat di Jalan Janting, Bintangor, maut akibat kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan.

Sementara, seorang lagi mangsa parah di kepala, patah kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 38 tahun dari arah Sarikei ke Jalan Meranti.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang lelaki itu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan motosikal mangsa yang datang dari arah Jalan Meranti ke Sarikei.

"Impak kejadian menyebabkan menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sarikei," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2022 @ 6:31 PM